Tuesday, June 12, 2012

Kisah Bandar Berhantu Prypiat

Sepatutnyer aku keluarkan entri nie dulu kan sebelum entri Grafiti seram di bandar sepi? Tapi tak per laa....Entri kali nie just nak ceritakan tentang bandar berhantu Prypiat.

Pada 26 April 1986, letupan telah berlaku di reaktor ke-4 di logi tenaga nuklear Chernobyl yang telah mengubah wajah Ukraine dan Eropah Timur. Kesan dari bencana nuklear yang terburuk dalam dalam sejarah pengeluaran tenaga nuklear nie menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit kanser, kelahiran kanak-kanak yang cacat, kesan sinaran ke atas tanah pertanian dan banyak lagi kesan buruk bapa bandar nie.

Pegawai-pegawai soviet( Ukraine pada ketika nie dibawah pemerintahan Soviet Union sehingga 1991) pada ketika ini dikritik kerana tidak segera memaklumkan kepada penduduk tentang radiasi yang berisiko tinggi yang bakal terdedah kepada mereka.

Ketika bencana ini berlaku, pasukan bomba adalah yang terawal mengalami kesan radiasi. Radiasi yang dibebaskan adalah melebihi 100 bom nuklear yang digugurkan di Hiroshima dan Nawasaki dan radiasi nie tersebar sehingga ke Sweden. Dari tahun 1992 sehingga 2004, 4000 kes kanser Tiriod dikesan di Rusia,Ukraine dan Belarus.Langkah pemulihan telah dilakukan dengan membawa robot daripada Jerman untuk proses pembersihan tetapi robot nie tak berfungsi akibat dari gangguan radiasi. 

Buruk kan akibat dari kesan nuklear nie sehinggakan boleh mengubah bandar yang maju kepada bandar berhantu dalam sekelip mata jer.Kat bawah nie ada gambar-gambar bandar yang bakal dibuka untuk pelancongan.Korang layan dulu ehh.....

via

1 Comments
Comments

1 comments:

  1. salam perkenalan...saya dah masukkan link blog anda dlm blog sy.tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...