Thursday, June 28, 2012

Bangunan Antilia, Rumah Termahal di Dunia

Mukesh Ambani Dhirubhai adalah hartawan perniagaan India yang merupakan pengerusi dan pengarah usrusan konglomerat India, Reliance Industries Limited (RIL), syarikat terkemuka tenaga India dan bahan-bahan konglomerat Kumpulan Reliance. Pada tahun 2010, beliau telah dinamakan dikalangan orang yang paling berkuasa didunia oleh Forbes dalam senarai " 68 people who matter most". Sehingga tahun 2012 beliau adalah orang kedua paling kaya di asia dan orang yang ke-19 terkaya didunia dengan kekayaan peribadi 22,300,000,000 dolar AS.


Mukesh berkahwin dengan Nita Ambani dan mempunya 3 orang anak.Mereka tinggal disebuah bangunan swasta 27 tingkat di Mumbai bernama Antilia.Sebenar yang kat atas nie cuma pendahuluan...hehehe.Bab utama adalah mengenai bangunan nie laaa. Dengan 27 tingkat pada ketinggian 568 kaki, jumlah keluasan melebihi 398,000 kaki persegi. Di bangunan nie terdapat 600 kakitangan sepenuh masa dan seperti yang telah dilaporkan media India ia merupakan rumah yang paling mahal didunia.

Bangunan Antilia terletak di 4532 meter persegi di Altamount Road, Cumballa Hill, Selatan Mumbai.Antilia adalah produk perkongsian antara Firma seni bina Perkins+Will dan Hirsch Bedner Associates. Bangunan nie mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan.Bentuk Antilia berdasarkan Vaastu dan mempunyai perbezaan disetiap tingkat samada dari perancangan atau bahan yang digunakan.

Pada 6 tingkat pertama merupakan lot meletak kereta yang mempunyai kapasiti sebanyak 160 kenderaan. Kediaman Antilia bermula dilobi dengan 9 lif serta beberapa bilik penyimpanan dan lounge. Bangunan nie jugak mengandungi kelab kesihatan dengan gimnasium dan studio tarian, kolam renang, bilik tarian, bilik tamu dan sebuah panggung wayang 50 tempat duduk.Pada bumbung bangunan pulak mengandungi 3 pad helikopter.

Media India melaporkan bahawa rumah nie berharga antara 1 dan 2 bilion dolar AS. Majalah Forbes pula menganggarkan kos kediaman nie hampir 2 bilion dolar AS.Pada bulan Jun 2008, seorang jurucakap Reliance memberitahu Ney York Times bahawa ia akan menelan belanja 50 sehingga 70 juta dolar untuk membina. Apabila siap pada tahun 2010, media melaporkan lagi bahawa disebabkan peningkatan harga tanah di kawasan itu, bangunan tersebut mungkin bernialai 1 bilion dolar dan pada Mac 2012 ketua India Jones Lang LaSalle, Bloomberg  melaporkan kos rumah tersebut sekurang kurangnya bernilai 500 juta dolar.

Korang rasa macam mana laa hebatnya bila dapat duduk kat umah macam nie kan? Semuanya ada....

8 Comments
Comments

8 comments:

  1. Replies
    1. salam.....kemewahan di negara yg miskin.napa xsedekah duit byk2 tu bantu rakyat diorang kan

      Delete
  2. bangunan kt luar nampk cam klcc smart lagi.. tp dalam die.. pergh !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar tu nampak keseniannyer....kat daam plak nampak cantiknyer...hahahaha

      Delete
  3. Mak oiii!!! lawanya dan kayanya....
    duit terlebih katakan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit dah byk sgt dah tu....xdak nak buat apa dah kot

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...