Monday, July 2, 2012

Tiruan 99% seperti Lamborghini Sebenar

Kalau korang diberi pilihan sama ada nak pilih kereta Lamborghini replika yang 99% seperti tulen dengan harga 65,000 dolar dan kereta Lamborghini tulen dengan harga 400,000 dolar, yang mana korang rasa akan pilih? Replika Lamborghini Murcielago LP64 nie dibuat di China. Hebat gak kan orang China nie.

Seperti yang korang tengok dalam gambar kereta replika nie 99% sama seperti kereta asal tapi di bahagian dalam kereta pulak hanya 70% sama seperti yang asal. Di China kereta replika nie di panggil Shanzai Lamborghini.Pembuat kereta nie hanya membina kereta nie dibengkel dan proses pembelian kereta nie dibuat melalui tempahan dengan membayar 50% deposit iaitu sebanyak 210,000 yuan. Pembelian dibuka untuk seluruh Asia.Tempoh siap kereta adalah selama 5 bulan. Jom kita tengok ciri-ciri yang ada pada kereta nie:

- 2.2 liter Toyota dan enjin 3S t 2.0 , 100 kilometer dengan masa 9 saat. 175 kuasa kuda,kekerapan desibel bunyi boleh menjadi lebih daripada 90% serupa dengan yang asal.
- Saiz badan kereta adalah nisbah  1:1
- Tingkap kuasa, sayap kuasa, navigasi GPS, kamera sandaran, kerusi kulit.
- Bahagian dalam dibuat mengikut kehendak pelanggan tapi adalah mustahil untuk menjadikannya 100% seperti asal.
- Warna bahagian dalam dam luar ditentukan oleh pelanggan.
- Penutup enjin ak telus, rim "custom made". Tambahan 50,000 yuan utk rim seperti yang asal.
- Bumper hadapan  adalah seperti edisi 2007.
- Tambahan 9,000 yuan untuk kunci seperti kereta asal.
- Stereng kereta adalah sama seperti yang asal.
- Simbol kereta, tingkap kaca, lampu dan aksesori luar adalah seperti yang asal cuma tambahan 10.000 yuan untuk lampu LED pada bahagian belakang.
- Semua butang dibahagian dalam seperti kereta asal.

 Memang dasat kan?tringin tak nak beli?hehehehehe.........
via

2 Comments
Comments

2 comments:

  1. pergh ! china mmg superb kalau bab copy ni. terbaik !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...