Kalau sebelum nie kita dah tengok lanskap kuning yang menawan di China yang hanya boleh dilihat hanya pada bulan Mac setiap tahun, kali nie kita tengok pulak lanskap merah yang cukup menawan di pantai negara China. Pantai Merah nie terletak di Delta Sungai Liaohe, kira kira 30 kilometer barat daya bandar Panjin di China. Sebenarnya pantai nie merah disebabkan oleh sejenis rumpai laut yang hidup subur di tanah masin-alkali. Rumpai akan mula berkembang hijau pada bulan April atau Mei iaitu pada musim panas. Pada musim luruh, rumpai nie akan bertukar menjadi merah dan seluruh pantai seolah olah diliputi oleh permaidani merah yang cukup menawan. Kebanyakkan pantai merah adalah rizab semulajadi dan ditutup kepada orang ramai.Hanya sesetengah tempat yang kecil sahaja dibuka kepada pelancong.Jom kita tengok keindahan lanskap merah di pantai China nie.
via