Tuesday, July 17, 2012

Kepulauan Tropika Tiruan milik Malaysia di Jerman

Tropical Islands Resort merupakan sebuah resort tropika tiruan yang terletak di Kreausnick, Jerman.Ia dikatakan mempunyai kolam tertutup tropika terbesar di dunia yang boleh memuatkan sehingga 8,000 pelawat setiap hari. Ia juga taman air tertutup terbesar di dunia pada keluasan 710,000 kaki persegi.

Resort nie teletak di Briesen, sebahagian daripada Halbe di Dahme-Spreewald, Brandenburg, Jerman iaitu kira-kira 60km selatan-tenggara Berlin. Resort nie terletak di dalam hangar yang tidak digunakan berkeluasan 1,181 kaki panjang, 689 kaki lebar,dan 351 kaki tinggi. Pada isipadu 194,000,000 kaki padu,ia berdiri sebagai salah sebuah bangunan terbesar dunia mengikut isipadu dan dewan terbesar dunia tanpa sokongan tiang di dalam.Kos hangar nie adalah 78,000,000 dan korang rasa siapa pemiliknya? 

Syarikat Tanjong Malaysia telah membeli hangar nie dan estet di sekeliling dengan harga 17.5 juta dan mengubah hangar nie menjadi pusat peranginan dengan habitat tropika buatan manusia. Ia dibuka pada 19 Diesmber 2004. Resort nie mempunyai persekitaran yang eksotik dengan hutan hujan tropika, pantai, matahari tiruan, pokok palma,orkit, dan birdsong.Suhu di resort nie dalam 25 darjah C dan ia dibukak sepanjang hari,setiap hari dan sepanjang tahun. 

via

2 Comments
Comments

2 comments:

  1. mmg menakjubkan...byk masyuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xper...tgk jer laa org yang masuk nie brapa byk....huhuhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...