Monday, May 14, 2012

Membuat Makanan dari Atas Bumbung

Dianggarkan pada tahun 2050 lebih dari 50 peratus manusia akan tinggal di bandar dan kepadatan penduduk dan kekurangan tenaga kerja untuk bahagian pertanian memerlukan satu usaha bagi mewujudkan kaedah bagi pengeluaran makanan dengan cara baru.Antonio Scarponi melalui syarikat UrbanFarmers komited untuk membantu membina sistem ladang berpusat dibandar-bandar.Designer dari syarikat nie telah mereka sistem Globe untuk penghasilan ikan dan sayur secara organik.Sebenarnya sistem ini boleh juga dipanggil sistem akuaponik dan telah lama wujud di barat tapi hanya diamalkan diladang-ladang besar dan dengan kuantiti pengeluaran yang besar.Di Malaysia pula sistem nie masih dalam percubaan dan masih belum berkembang...ada pula yang masih mencuba adakah sistem nie sesuai dengan persekitaran cuaca Malaysia.Korang nak cuba? cuba ikut panduan nie. Berbalik kepada tajuk kita erkk..... Syarikat Urban Farmers nie merekabentuk Globe adalah untuk kemudahan dan rekaannya yang ringkas membolehkan kita menghasilkan makanan dengan cara mudah dan jimat.

via

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...