Friday, April 20, 2012

Perkampungan Langit untuk Elak Tsunami

Nie bukan perkampungan ayah Pin tau...hehehehehe.....Nie perkampungan langit hasil perancangan dari Keiichiro Sako dari Sako Architechts akibat dari bencana Tsunami di Jepun pada tahun lalu dan sekali lagi dikejutkan Gempa bumi baru-baru nie.Menurut beliau Perkampungan langit ini dijangka akan diwujudkan di kawasan yang teruk dilanda tsunami tahun lalu iaitu Tohuku iaitu di timur laut Jepun.

Akibat dari gempa bumi yang melanda Jepun tahun lalu,kerajaannya mengajak penduduk-penduduk yang terdedah kepada ancaman tsunami meneroka kawasan-kawsan tinggi dan jauh dari pantai.Keadaan ini memerlukan penghijrahan yang besar dan mengganggu pekerjaan asal penduduk.Sako menyatakan bahawa langkah kerajaan adalah kurang tepat dan penyelesaian masalah ini adalah perkampungan langit yang dirancang beliau.Menurut beliau lagi pembinaan perkampungan yang berbentuk bulat adalah untuk mengelak hentaman tsunami berbanding berbentuk empat segi yang mendedahkan hentaman yang lebih teruk.

Perancangan Sako memang idea yang bijak namun bagaimana dengan kos pembinaannya?Sebuah pemkampungan langit ini membabitkan kos yang tinggi bagi pembinaannya.Mungkin sebab inilah kerajaan lebih mementingkan perancangan lain.Apa pun macam mana perancangan negara lain yang bakal dilanda tsunami?Cukup ke sekadar dengan amaran akan berlaku tsunami jer?
via
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...