Saturday, March 24, 2012

Rumah Inspirasi dari Alam Diseluruh Dunia

 Pasti menarikkan kalau mempunyai rumah yang di inspirasikan daripada alam,tapi ia bukan nyer murah untuk orang biasa membinanya tapi ia bukan jugak mustahil jika kreativiti seseorang tue boleh menjadikanya lebih murah.Jom kita tengok hasil-hasil senibina kreatif pembinaan rumah berinspirasikan alam.

Lokasi: Angra Dos Reis, Brazil
Diberi nama Casa Folha dalam bahasa Portugis atau Rumah Daun dalam bahasa melayu. Ia dibina ditepi pantai dan membentuk 6 bentuk daun gergasi. Rekaan siling plak sengaja ditinggikan supaya angin boleh melaluinya secara tak langsung menyejukkan rumah. Bumbung juga direka untuk menyimpan air bagi kegunaan berkebun dan tandas.
Lokasi: Vancouver, British Columbia
Kalau sebut jer taman mesti pikirkan taman yang kat atas tanah tu kan?Firma Vancouver telah mereka taman menegak untuk menghiasi ruang-ruang pejabat dan rumah.Ia diberi nama Super Natu'Hall,berukuran 6'X6' dan mengandungi 22 spesis tumbuhan ( lebih dari 250 tumbuhan).Taman ini bergantung kepada 55gelen dengan sistem pengairan automatik, baja organik dan 2 cahaya lekapan 70 watt serta 12jam cahaya untuk memastikan ia hidup subur sepanjang tahun.
Lokasi: Malibu, Calif
Pasti korang penah tengokkan rumah ni pada post sebelum ni yang bertajuk Rumah Flintstones untuk dijual. Ia juga termasuk dalam rumah yang berinspirasikan alam.Ia direka oleh pereka pertunjukan fesyen Victoria Secret , Alexandre de Betak yang telah dipamerkan dalam The New York Times.
Lokasi: Costa Smeralda, Sardinia, Itali
Villa due Mari atau Villa Dua Laut telah direkabentu oleh arkitek tempatan iaitu Sardinian Savin Couelle menggunakan sumber alam semula jadi. Dengan dinding yang dipahat melengkung dan permukaan rasuk siling yang yang seperti akar gergasi, ia juga mempunyai 7 bilik tidur, dua bilik mandi dan 3 dapur.
Lokasi: Lisbon, Portugal
Dengan kos 6.8 juta dolar, rumah ini mempunyai 3 bahagian dan satu bahagian daripadanya mempunya padang pasir mini di tengah-tengahnya.Pada bahagian pertama ia mempunyai 3 bilik tidur,tandas dan 2 bilik persalinan.pada bahagian kedua pulak mempunyai sebuah gimnasium,sauna dan pada bahgian 3 mempunyai 5 bilik penyimpanan.Ia jugak mempunyai tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan 5 buah kereta.
Lokasi: Boone ,N.C
Pintu nie direkabentuk oleh Hardin Frame Timber Creek & Millwork. Rekaan yang berasaskan kulit kayu popular berkonsepkan elemen semulajadi.
Lokasi: Tasik Squam, N.H
Rumah yang berkeluasan 3500 kaki persegi ini dibina oleh Bensonwood Homes of Walpole dan terletak di tasik Squam, dimana filem 1981,One Golden Pond telah difilemkan.
Lokasi: Puerta Vallarta,Mexico
Rumah agam dengan keluasan 10,000 kaki persegi ini berharga 2.8juta dolar atau ia juga boleh disewa dengan berserta perhidmatan pembantu rumah dan tukang masak pilihan.Ia mengandungi 7 bilik tidur dan 8 bilik mandi.
via

terdapat juga rekabentuk lain dalam post yang lepas: rumah dalam botol kaca, rumah flintstone untuk dijualrekabentuk bangunan yang kreatif dari seluruh dunia
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...