Saturday, March 17, 2012

Kedai Roti Paling Kreatif Didunia

Apakah yang anda harapkan dari sebuah kedai roti?Sebuah kedai roti selalu mengharapkan kedai itu mendapat perhatian daripada pelanggannya tapi selain keenakkan rasa roti,terdapat banyak kelebihan untuk menarik pelanggan.Disini akan disenaraikan kedai yang paling kreatif di dunia,namun kita akan lebihkan kepada rekabentuk kedai.Jom kita tengok.


1. Ble, Thessaloniki, Greece
Ia telah direka oleh arkitek minimalis di Claudio Silvestrin Guiliana Salmaso (London dan Milan).Ia mempunyai ketuhar kayu terbesar setinggi 12meter.Kedai ini dibina menggunakan kayu,tanah liat putih dari Crete dan Milos,pasir dan jerami.
2. Electra, Edessa, Greece
Direkabentuk oleh Arkitek Studioprototype untuk mencantikkan ruang yang sempit dan sibuk.Kawasan tempat duduk luaran yang luas mengurangkan lagi rasa sempit ditambah pula dengan hiasa perabot oleh Xavier Paucharz dan lampu oleh Tom Dixon.
3. VyTA Boulangerie Italiana, Turin, Italy
 Direkabentuk oleh arkitek Rom berasaskan Daaniela Colli dan terletak di pusat bandar yang sibuk. Walaupun ia merupakan kedai roti yang kaya dengan tradisi dan bahan-bahan semulajadi, tetapi rekebentuk yang agak gelap menampakkan ia seolah-olah butik mewah atau bar.dengan kaunter berbentuk L dan dinding dengan corak heksegon seperti sarang lebah menyerlahkan keunikan kedai ini.
4. Joseph - Brot vom Pheinsten, Vienna, Austria
Direkabentuk oleh Claudio Silvestrin.Kedai ini menawarkan roti organik mengikut resepi tradisi dan ia dibuka 24 jam dan 7 hari seminggu.
5. Baker D. Chiriko , Melbourne, Australia
Direkabentuk oleh Mac Studio dengan rekaan selat kayu yang melengkung dan unik.
6. Becasse Bakery, Sydney, Australia
Ia direkabentuk oleh Sydney berasaskan bentuk Mima.
7. Panscape Bakery, Kyoto, Jepun
Dengan ruang yang hanya 26 meter persegi,ia diberi rekabentuk terkini.
8. Komsufirin, Istanbul, Turkey
Kurang dari 5 tahun ditubuhkan, kedai ini telah berkembang dengan pesatnya dengan mengembangkan perniagaan ke 60 kedai di seluruh Turki.Target kedai ini juga amat menakjubkan iaitu menjelang tahun 2020, 1000 kedai akan dibuka.
9. Helsinki Bakery, Osaka, Jepun
Mudah, sihat dan semulajadi adalah kata kunci kedai roti ini dan rekabentuk nya juga menyokong kata kuncinya dengan sempurna.
10. Lagkagehuset Bakery, Copenhagen, Denmark
Lagkagehuset atau dalam bahasa melayu bermakna 'rumah pai',tapi pada hakikatnya kedai ini tiada menjual pai.Ia mempunyai 18 lokasi di Denmark.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...