Tuesday, June 5, 2012

Persahabatan haiwan yang mengagumkan

Persahabatan antara manusia sesama manusia pasti kita dah tahu kan seakrab mana.Persahabatan antara haiwan sesama haiwan atau haiwan dengan mansia plak macam mana yer?Jom kita tengok gambar  macam mana laaa gelagat persahabatan diorang nie.

Monday, June 4, 2012

Lukisan Jalanan dari SmugOne

Setiap pelukis ada cara melukis tersendiri dan mungkin dengan cara masing-masing nie membuatkan pelukis seronok dengan kehidupan diorang .SmugOne merupakan salah seorang artis yang mempunyai cara lukisan tersendiri yang memang terbaek.Jom layan lukisan dari artis jalanan Scotland nie.

Perkahwinan Bertemakan Game Minecraft

 Korang ada kenduri kat mana-mana tak ari nie? Pergi tak kenduri tu? Pada hari bersejarah untuk sepasang mempelai,pasti diorang nak kan kelainan yang boleh di ingat sampai mati.Selalunya yang diberi kelainan oleh pasangan pengantin mungkin pada kad kahwin kan.......seperti kad kahwin facebook sempena perkenalan melalui laman web tue. Dan macam-macam lagi kelainan yang boleh dibuat di majlis perkahwinan.

Bagi pasangan Matt dan Asia pula, diorang berkongsi minat pada permainan Minecraft yang pada mulanya hanya membina rumah dialam maya sahaja.Sekarang mereka merealisasikan permainan itu melalui perkahwinan sebenar dan melansungkannya dengan tema permainan tersebut. Manis kan kenangan diorang nie.Boleh dikatakan hampir semua persiapan perkahwinan bertemakan Minecraft.Jom kita tengok majlis yang dah berlansung pada bulan April lepas nie.

Lanskap Kuning yang menawan di China

Cantikkan gambar kat atas nie?Setiap bulan Mac pada setiap tahun bandar  Huangshan yang terletak di timur China nie pasti menarik beribu-ribu jurugambar dari seluruh dunia untuk merakam pemandangan yang cukup menakjubkan nie.Warna kuning yang luas nie sebenarnya ialah bunga sesawi.

Ilustrasi menakjubkan dari Daniel Danger

Sekarang Ilustrasi secara digital memang popular dan selalu digunakan kerana kemudahan untuk melukis menjadi cepat dan mudah. Tapi sesuatu yang cantik saja tak cukup dalam ilustrasi,Kretiviti jugak penting untu menjadikan lukisan kita lain dari orang lain.Kali nie kita tengok plak ilustrasi dari Daniel Danger yang cukup pelik dan kreatif.

Apa Akan Jadi Kalau Program ke Angkasa Dibatalkan?

Apa yer akan jadi kalau program space shuttle oleh Amerika Syarikat  akan dibatalkan pada masa akan datang?Macam mana laa nasib angkasawan-angkasawan diorang? Diorang nak keja apa nanti? Apa yang akan jadi tue dah dijadikan satu seni fotografi oleh Hunter Freeman.Beliau menjadikan koleksi pekerjaan bekas angkasawan dalam koleksi fotografi beliau.Jom kita tengaok hasil-hasil kreatif nie.

Sunday, June 3, 2012

Pandangan Google Earth yang Menakjubkan

Dengan teknologi pembinaan masa sekarang sesebuah negara mungkin dapat membangunkan negara diorang dengan terancang sekali tapi mungkin kita tak yang bagaimana rupa bentuk perancangan yang diorang buat kan?Jom kita bagaimana pandangan dari Google Earth bagi kawasan yang menakjubkan.

 1. Long Beach, New York

Saturday, June 2, 2012

Rahsia Mengumpul Ramai Pelakon untuk Filem Hollywood

Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana untuk mengumpulkan begitu ramai orang untuk menjayakan sesebuah filem.Siapa tau yang cara nie boleh mengurangkan banyak kos daripada menggaji orang untuk berlakon.Jom kita tengok rahsia disebalik mengumpulkan begitu banyak orang bagi menjayakan filem-filem seperti Iron Man 2, Infection, Fighter,King Says, American Gangster, Favourite, Blades of Glory: Zvezdunov on the ice, Ocean's Thirteen, In The Light of Glory, We-One Team, Spider-Man 3 dan banyak lagi filem-filem terkenal.

Pengembaraan dengan rangka kereta rosak

Cerita nie berlaku pada tahun 1993...Lama dah kan?Dalam perjalanan Emile Leray merentasi Gurun Sahara, kereta Citreon V milik beliau telah rosak di tengah-tengah Gurun......jadi jalan untuk menyelamatkan diri beliau,beliau membina sebuah motosikal dengan menggunakan bahagian-bahagian kereta yang boleh digunakan.Bahagian kulit kereta pulak digunakan untuk berlindung dari ribut pasir.Dengan motosikal baru nie lah beliau menyambung pengembaraan.Menarik kan?

Ubahsuai Bangku Sosial ke Bentuk Kreatif

 Mengubah sesuatu yang sedia ada atau mencipta sesuatu yang baru, yang mana korang rasa paling susah? Mestilah mencipta sesuatu yang baru kan?Tapi mengubah sesuatu yang sedia ada untuk menjadi lebih kreatif pun tak kurang gak kot susahnya.Untuk acara seni kontemporari Beaufort04 yang berlangsung di De Haan, Belgium Jeppe Hein telah mengubahsuai bangku sosial ke bentuk yang lebih kreatif dan meletakkan nya di seluruh bandar De Haan.Jom kita tengok gambar-gambar ciptaan beliau.

Friday, June 1, 2012

33 Contoh Membuat Potret Menggunakan Tipografi

 Sekarang tipografi digunakan meluas melalui iklan-iklan dan majalah.Menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu bukan saja melalui penulisan artikel tapi juga melalui tipografi.Tipografi juga dijadikan seni bagi sesetengah orang.Contoh yang dapat korang tengok ialah potret yang korang tengok kat entri kali nie.Menghasilkan potret dengan menggunakan perkataan memang memerlukan kerja yang banyak.Jom kita tengok contoh-contoh menarik nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...