Hughes H-4 Hercules merupakan prototaip pesawat pengangkutan berat yang direka dan dibina oleh syarikat Hughes Aircraft. Pesawat nie talah membuat penerbangan pertama pada 2 November 1947 dan ia merupakan pesawat tunggal yang dibina kerana projek untuk menghasilkan pesawat mega ini tidak pernah berjaya selain hanya pesawat contoh nie sahaja. Pesawat nie dibina menggunakan kayu kerana sekatan perang dalam penggunaan aluminium dan kebimbangan berat badannya. Hercules merupakan bot terbang terbesar yang pernah dibina dan mempunyai lebar sayap yang terbesar daripada mana-mana pesawat yang dibina dalam sejarah. Sekarang pesawat ini kekal dalam keadaan baik di Muzium Penerbangan Evergreen di Mcminnville, Oregon, Amerika Syarikat.
via
No comments:
Post a Comment