Pages

Wednesday, June 20, 2012

Tutorial Menggunakan Layer dalam Photoshop

Salam..
Entri kali nie nak kongsi skit dengan korang yang masih baru berjinak-jinak nak blaja adobe photoshop. Dulu waktu mula blaja photoshop pun member aku ajar yang nie dulu sebab benda nie paling basic dalam photoshop.Layer cukup penting dalam photoshop tau....Jom kita mulakan.


Untuk permulaan macam biasa korang kena bukak new file untuk mulakan berkarya.
Bila dah bukak new file, korang ejas siap-siap layer kat sebelah tu(seperti dalam anak panah pertama). Lepas dah keluar 'layer 1', korang boleh tukar nama layer tu kepada nama lain yang boleh memudah kan korang supaya tak keliru bila dah menggunakan terlalu byk layer.
Seterusnya langkah tadi diulangi untuk layer ke-2.Aku letakkan nama layer dengan warna supaya mudah korang paham nanti.
Dan seterusnya buat layer ke-3.
Bila dah siap 3 layer tadi kita mulakan dengan memasukkan tulisan. Sebelum memasukkan tulisan korang kena buka satu layer untuk tulisan tue. Dan kemudian langkah ke2 dengan menekan butang tulisan tue.Dan korang boleh tulis apa jer.....Macam kat atas tue aku tulis conteng2kreatif.
Lepas selesai tulisan tadi kita mulakan mewarna plak. Seperti yang korang boleh tengok kat bahagian layer tu aku susun dengan hijau berada dibawah tulisan,kemudian biru dan yang paling bawah adalah hitam.Kita mulakan dengan warna hijau dulu erkk....


Korang boleh tekan butang brush dah pilih brush mana yang korang suka untuk letakkan dibelakang tulisan tu.Untuk yang tidak takde brush-brush menarik lagi korang boleh tengok di bahagian akhir entri ni untuk langkah-langkah mendownload brush. 


Setelah selesai pilih brush yang terbaek korang kena ejas saiz brush tu dengan kesesuaian korang...ejas brus dengan menekan butang " [ " pada keyboard untuk kecilkan dan " ] " untuk besarkan.
Bila dah selesai tekan brush macam nie laa hasilnyer.....Nie baru layer pertama.
Untuk layer kedua plak iaitu layer biru, korang tekan layer biru dulu kemudian pilih brush yang mana korang suka.
Dan macam nie laa hasilnyer........
Untuk layer yang last sekali tu korang ulangi macam langkah-langkah tadi jugak....
Dan tempekkan brush tu macam nie....Tapi macam xlengap plak kan hasil nie.....
Untuk menambahkan skit lagi kesan kat hasil nie....bukak satu lagi layer kat bahagian atas sekali ( atas tulisan)
Kemudian pilih brush mana yang korang nak........
Dan tempekkan kat atas tulisan tu.....dah siap pun..Hasilnya xder laaa elok sangat pun tapi yang aku tekankan kat sini korang bleh faham tak menggunakan layer tue?mudah jer kan?

Untuk korang yang masih xder brush-brush yang menarik plak...korang boleh download kat
http://myphotoshopbrushes.com/brushes/

Selepas dah download brush yang korang suka korang boleh ikut langkah seperti kat tutorial nie
http://conteng2kreatif.blogspot.com/2012/06/tutorial-mencantikkan-tulisan.html
cuma korang perlu tukar styles kepada brush jer...

Oklaaa...dah setel untuk tutorial nie....apa-apa masalah korang jgn malu bertanya erkkk

6 comments:

  1. xberape pandai gune phtoshop nie..masih lagi blajar sdkit demi sdkit

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper...blaja slow2...sy dulu pun blaja skit2.mbr tolong ajar yg layer jer....yg lain dia suruh blaja sendiri

      Delete
  2. Replies
    1. saya sebenarnya masih lemah dalam edit blog....masih byk kekurangan pada blog nie. lebihnyer hanyalah edit header jer.

      Delete