Bob Martin merupakan nama yang cukup popular dalam fotografi sukan. Sepanjang tempoh 20 tahun terbabit dalam fotografi, beliau telah mengambil gambar dari pelbagai acara sukan di seluruh dunia malah hasil-hasil karya beliau telah menghiasi pelbagai saluran akhbar seperti Sports Illustrated, Time, Newsweek, Life Magazine, Stern, Paris Match, Bunte, L Equipe, Sunday Time, dan The New York Time. Hasil-hasil fotografi beliau jugak telah memenangi lebih dari 53 anugerah kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 2005 sahaja beliau telah memenangi 23 anugerah termasuk "Sports Picture Of The Year" yang cukup diimpikan setiap jurugambar.
Tuesday, June 19, 2012
Gambar Hari Selasa 1#
Salam hari selasa.......
Hari nie kita layan gambar keluarga dari Jepun...Apayang korang dapat tengok dari gambar nie?
Dah laa bawak anak gi jalan-jalan tapi macam nie plak......hurmmm
Rumah Dari Langit ( 13 Gambar )
Tengok tajuk pun dah pelik kan?Seolah olah umah tue jatuh dari langit laa plak kan....cuba korang tengok gambar kat bawah nie. Sebenarnya nie merupakan hasil senibina yang menarik yang dibina di UCSD, Dewan Jacobs, Sekolah Kejuruteraan Jacobs di California.SEgala pembinaan rurah nie menelan kos sebanyak 500,000 dolar.Cantikkan? Teringin tak nak wat umah macam nie?
Kapal Selam Ciptaan Seorang Petani
Korang dah baca entri mengenai seorang petani mencipta piring terbang? Entri kali nie pun dicipta oleh seorang petani gak tapi ciptaan jer yang lain.Hairan kan macam mana laa banyak bebenor petani kat sana yang pandai mencipta....Mungkin sebab kemiskinan hidup memaksa diorang berfikir untuk maju kan? Tapi mana diorang nie ambik duit nak cipta belbagai benda nie.....hurmmm....
Berbalik kepada tajuk nih, Zhang Wuyi merupakan seorang petani yang cukup berminat dalam bidang ciptaan saintifik.Ciptaan kapal selam mini yang beliau reka nie dipanggil Shuguan Hao. Kapal selam mini yang bersaiz 12 kaki panjang dan setinggi 6 kaki mampu untuk menyelam sedalam 65 kaki dan bergerak pada kelajuan 20km/jam selama 10 jam. Rekaan nie telah berjaya di uji di Tasik Moshui di Wuhan.Beliau bercadang mahu menjual hasil ciptaan nie dengan harga 100,000 yuan atau bersamaan dengan 15,670 dolar.
Dasat kan diorang nie....Walaupun hanya petani tapi dah berjaya....so jangan laa pandang rendah pada petani erkk..huhuhuhu
Monday, June 18, 2012
Piring Terbang Ciptaan Seorang Petani
Sebelum nie kita pernah kluarkan entri mengenai kehebatan ciptaan China iaitu jenama cikai tapi teknologi dasyat, tapi kali aku nak tunjukkan satu lagi kehebatan orang dari negara China nie.Dia nie bukan dari orang-orang terpelajar tapi mampu untuk mencipta piring terbang.Shu Mansheng merupakan seorang petani yang berusia 46 tahun.Siapa sangka seorang petani yang hanya berpendidikan sekolah asas nie mampu untuk mencipta dan menerbangkan piring terbang ini.
Walaupun hanya berpendidikan sekolah asas, beliau mempelajari sendiri bahagian mekanikal dan elektronik untuk menghasilkan piring terbang yang mempunyai 8 enjin nie.Nie bukan ciptaan pertama beliau tau, terdapat 2 ciptaan pesawat yang direka beliau sebelum nie namun kedua-dua pesawat beliau sebelum nie gagal. Pesawat pertama tidak dapat berlepas kerana tayar meletup dan yang kedua plak musnah sebelum berlepas.
Shu Mansheng telah melaburkan sebanyak 60;000 Yuan atau 9,400 dolar untuk menjayakan Piring terbang nie yang mengandungi 8 enjin motosikal. Penerbangan pertamanya ini hanya dapat terbang setinggi 2 meter namun beliau masih cuba untuk mengubahsuai piring terbang nie untuk menjadi lebih bagus.
Gambar Hari Isnin 1#
Selamat ari isnin semua.....hari untuk memulakan keja semula dan mulakan belajar kepada yang dok blaja lagi.Ari nie kita layan gambar macam kat bawah nie...Lawak jer kan..huhuhuhuhu.Tapi korang perasan tak kat Malaysia nie pun banyak jer orang mcm nie?Tak caya ada orang macam nie? Cuba tengok kat keta kancil,tuan dia siap buang lambang produa n ganti dengan daihatsu.....bukan kancil jer kan,banyak lagi keta2 model lain.So tak sama ker dengan keldai nie?Nasib laa xder tulis nama keldai kat dahi dia kan...huhuhuhu
Gelagat Lucu Pemain Tenis ( 23 Gambar )
Korang penah main tenis?......Jom kali nie kita tengok gelagat pemain-pemain tenis ketika nak sambut bola tenis..Korang jangan tengok muka jer tau,tengok sama tangan diorang nie.Harap koran enjoy ehh....
Sunday, June 17, 2012
Ilusi 3D yang menakjubkan pada pintu garaj
Korang dah tengok entri mengenai buaya dan bulldozer dalam garaj kecil? Entri sebelum nie kita dah tengok 14 gambar ilusi pada pintu garaj yang boleh mengelirukan sesiapa jer yang lalu dihadapan garaj nie,entri kali nie kita tengok plak baki 24 gambar ilusi yang dihasilkan syarikat dari Jerman untuk sesiapa jer yang ingin menunjukkan yang diorang nie boleh meletakkan apa yang tak mampu orang letak pada tempat yang sempit. Jom tengok.
Iron Man Edisi Steampunk ( 7 Gambar )
Satu rekaan suit yang cukup kreatif dan menarik kan. Gambar nie diambil oleh Judy Stephens di Comic Con New York.
Keajaiban Alam Di Gurun Gobi ( 13 Gambar )
Terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China dan dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat nie satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat nie menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik nie.Harap korang layan dengan gambar-gambar kat bawah nie.
Gambar Hari Ahad 1#
Untuk hari ahad nie aku nak konsikan gambar keluarga plak untuk korang.Cuba korang tengok gambar waktu kecik dan bila dah besar.Kreatif kan siapa yang hasilkan gambar macam nie.....siap tiru riak wajah waktu kecik tuu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)











