Thursday, July 12, 2012

Rahsia Disebalik Kedai Kecil ( 13 Gambar )

Sekali pandang tak seorang pun akan menyangka apa yang tersembunyi disebalik corak empat segi nie.Tapi bila waktu beroperasi,baru laa kedai nie akan nampak keunikannya.Dengan hanya berkeluasan 10kaki persegi, rekabentuk "The Gourmet Tea" yang terletak di Sao Paulo, Brazil nie mengambil ruang yang cukup kecil tapi memanfaatkan ruang yang ada dengan idea yang cukup kreatif.Jom kita tengok rekabentuk yang cukup kreatif nie.

Rekaan Tabung Derma Yang Kreatif

Kita selalu tengok tabung-tabung derma hanya di masjid-masjid ataupun di tempat berhimpun dengan tujuan agama.Rekaan tabung yang pernah kita jumpa jugak tidak berubah dari dulu hingga la sekarang. Untuk menarik kan lagi perhatian orang untuk menderma,rekaan sesuatu yang kreatif jugak perlu untuk memberi kelainan dan membuka ruang yang lebih luas kepada orang awam.Jom kita tengok rekaan kreatif tabung derma yang diletak kan ditempat awam.

Penipuan Nyata

Korang dah tengok tak citer The Amazing Spiderman?Perhhh.....memang best arr.Rugi laa kepada sapa-sapa yang masih tak tengok lagi tue.Tapi aku bukan nak citerkan pasal best atau tidak citer tue tapi nak citer pasal harga tiket wayang pada hari rabu.Mesti korang pun tau kan, selalunya hari rabu diberi harga yang berlainan.Mungkin sebab hari tue kurang sambutan kot....Macam laa jugak iklan yang dibuat oleh Jitra Mall Cinema nie.Tak silap aku ada 3 atau 4 iklan yang ada kat Jitra Mall nie.Diorang letak tempat yang menjadi laluan utama pengunjung macam kat lif, kat tangga dan kat pintu masuk Jitra Mall tu sendiri. So disebabkan takde keja ari nie aku pun pergi laa Jitra Mall nie dengan niat nak tengok Spiderman.Tambah plak hari rabu, kan tiket murah rm3 dari biasa. Tapi bila beli jer tiket tengok-tengok harga RM10.......Hairan laa aku.Iklan punya laaa nak rakk cakap RM7 tiba-tiba RM10 plak. So aku pun buat-buat laa tanya, " Yang harga RM7 tu macam mana erkk?". Nak tau apa yang dia cakap? Dia cakap tue iklan lama....Ermmm...xper laa.Mungkin betul kot iklan lama, tapi dalam hati macam tak puas ati jer lagi.So aku pun gi laaa tengok sekali lagi iklan tu macam gambar kat bawah nie..
Korang peasan tak apa yang aku perasan yang iklan nie bukan iklan lama?Cuba korang tengok poster-poster movie yang ada kat situ, semua movie baru punya kan?Lagi satu, dah cakap iklan lama napa laa tak buang jer iklan tu?
Nie plak iklan kadar harga yang aku tengok kat lif...
Dan nie tiket aku baru beli bertarikh 11/7/2012( Rabu) Jam 2.30 petang.
So apa komen korang?Sebenarnya aku tak ler nak berkira sangat bab harga nie sebab apa jer citer yang aku betul-betul minat bab harga tolak ketepi...Janji citer best jer.Tapi nie tak puas ari kes kena tipu hidup-hidup.Brapa ramai dah yang dah ditipu?Brapa lama dah diorang menipu dan brapa keuntungan dah diorang kaut dari penipuan nie?

Sekian jer kot luahan tak puas ati nie...hehehehe.Tempat korang ada tak macam nie?

Wednesday, July 11, 2012

Gambar Hari Khamis #5

Salam semua....Jom layan gambar hari nie..

Nie mungkin idea menarik untuk sapa-sapa yang pakai baju xcukup kain......tak pun yang syok dok pakai bikini.Nie laa cara paling jimat kot..hehehehehe

Proses Pembinaan Pesawat Pengebom Pada Tahun 1941

Dengan kemajuan zaman sekarang mungkin kita tak hairan macam mana jentera dan pesawat dibina sebab pelbagai mesin dah digunapakai di dalam kilang.Tapi korang penah tak pikir macam mana binaan pesawat dibuat pada zaman dahulu?Jom kita kengok gambar-gambar yang diambil pada tahun 1941 yang menunjukkan proses pembinaan pesawat pengebom Amerika B-25.

Plaster Luka Lutsinar

Korang mesti pernah terluka kan? Untuk elak dari luka terdedah mesti kita akan guna plaster luka kan.....tapi kalau luka tu terjadi kat muka,mesti malu kan nak tempek plaster kat muka...Tapi plaster ciptaan Xue Xing Wu, Zi Yu Li, Yue Hua Zhu dan Wang Zhi Qiang nie memang jawapan yang menarik untuk betul-betul melindungi luka kita.Plaster nie dibentangkan dalam pertandingan Bakat Rekabentuk di Hamburg. Suatu ciptaan yang ringkas tapi amat menarik.Jom kita tengok gambar.

Gambar Hari Rabu #5

Salam semua....jom kita tengok gambar hari nie...

* Korang nak tak bermata besar macam watak kartun jepun tu...kan cute macam tu...hehehehehe.Mungkin nie laa cara nyer.


Pencakar Langit Di Lautan ( 8 Gambar )

Kapal yang amat menakjubkan nie diberi nama SeaOrbiter yang mempunyai ketinggian 170 kaki dan merupakan kapal pencakar langit pertama yang akan dibina. Ia direka oleh arkitek Perancis iaitu Jacques Rougerie.Kapal yang akan dibina nie boleh menempatkan pasukan 18-22 penyelidik yang boleh menghabiskan masa 24jam dibawah permukaan air. Ia dibina untuk pelbagai tujuan penyelidikan termasuklah mengkaji biologi marin dan perubahan iklim, mencari bangkai kapal dan banyak lagi kajian lain. Setelah menghabiskan masa 30 tahun dalam penyelidikan seni bina marin, projek bernilai 52,700,000 dolar nie akhirnya bakal dibina menjelang akhir tahun ini.Jom kita tengok rekabentuk kapal yang akan dibina nie.

Tuesday, July 10, 2012

Perabot Dari Jentera Perang Dunia Kedua

Perabot-perabot pelik nie direka oleh Mati Karmin yang berasal dari Estonia. Beliau menggunakan semula komponen dan aksesori kenderaan perisai tinggal tentera Soviet untuk dijadikan sesuatu yang mungkin cukup diminat oleh peminat senjata.Jom tengok hasil-hasil kreatif beliau.

Ciptaan yang Gila Dan Kreatif ( 29 Gambar )

Korang rasa idea korang boleh tak setanding dengan idea-idea macam kat bawah nie?

Gambar Hari Selasa #5

Salam semuaa....Jom layan gambar hari nie...

* Apabila melihat keseluruhan gambar KFC 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...