Tuesday, July 10, 2012

Super Nenek ( 48 Gambar )

Super Nenek atau Super Mamika dicipta oleh seorang jurugambar Perancis yang bernama Sacha Goldberger apabila melihat nenek tua yang kesepian dan tertekan iaitu Frederika yang berasal dari Hungary. Atas niat ingin memberi sokongan kepada Frederika,beliau mencadangkan untuk menghasilkan album dengan memberi pakaian dan gaya yang pelik untuk dipakai oleh nenek. Pada mulanya nenek enggan bersetuju dengan idea beliau tapi apabila melihat hasil yang dilakukan, nenek tidak berhenti tersenyum.

Nenek dilahirkan di Budapest pada 20 tahun sebelum perang dunia kedua.Beliau pernah menyelamatkan 10 orang ketika perang terjadi. Sebagai salah seorang yang terselamat dari mangsa perang, nenek dipaksa untuk meninggalkan tanah airnya sendiri secara haram dengan berhijrah dari Hungary ke Perancis.

Fotografi yang dihasilkan oleh Sacha Golberger nie sebenarnya hasil kerjasama rakan-rakannya yang juga kreatif dan dengan kerjasama dari nenek yang seronok dengan hasil yang membanggakan nie..Jom kita tengok 48 gambar Super Mamika nie..

Monday, July 9, 2012

33 Projek Pelik Untuk Ketenteraan

Untuk bersainng dalam kemajuan teknologi tentera, pelbagai projek dijalankan bagi menghasilkan senjata dengan teknologi terbaru tapi adakah projek-projek pada zaman dahulu nie menjadi kenyataan? Jom kita tengok projek-projek pelik yang dilakukan oleh tentera nie.

Gambar Hari Isnin #5

Salam Semua...

Apa erk yang patut kita panggil kat binatang nie...


Sunday, July 8, 2012

Seni Jalan Wajah Pada Permukaan Tin ( 17 Gambar )

Idea nie datang dari seniman jalanan yang di panggil My Dog Sighs.Apabila melihat tin-tin kosong bertaburan di kaki lima jalan, beliau mendapat idea untuk menarik perhatian orang lain untuk mendapatkan tin-tin ini. Cara yang paling bagus untuk menarik perhatian orang adalah dengan menhasilkan seni pada tin-tin kosong nie.Setiap tin yang dihasilkan mempunyai pelbagai riak wajah yang menarik.Selepas menghasilkan seni pada tin-tin nie,beliau akan meninggalkan di tepi-tepi jalan bagi membolehkan orang yang melalui akan mendapatkannyer.Jom tengok hasil-hasil seni beliau..

Rekabentuk Konsep Dari Gavin J.Rothery

Korang kenal tak Gavin J.Rothery? Kalau korang tak kenal,korang mesti pernah dengar game Grand Theft Auto (GTA) kan? Dia nie sebenar nyer dah bekerja dalam industri permainan sejak lulus dalam ijazah kepujian BA dalam Rekabentuk Grafik mengkhusus dalam ilustrasi pada tahun 1996.Ketika bekerja kat industri permainan nie beliau telah mengetuai pasukan seni dalam menghasilkan game yang cukup popular iaitu Grand Theft Auto. Sekarang beliau telah banyak menghabiskan masa dalam industri pengiklanan dengan Superglue sebagai Pengarah Kesan Visual yang bekerja dengan jenama-jenama terkenal termasuklah Toyota, Reebok dan Google dan membangunkan ciri filem sains fiksyen. Jom kita tengok hasil-hasil rekabentuk konsep yang beliau hasilkan.....

Gambar Hari Ahad #5

Selamat bercuti semua....

Ari nie kita layan gambar seorang yang yang dikehendaki tapi masalahnyer gambar dia nie laaa plak....apa komen korang?


Dubai Daripada Pencakar Langit ( 15 Gambar )

Seperti yang kita tau Dubai merupakan negara yang tengah pesat membangun dan terkenal dengan bangunan-bangunan tinggi dan mewahnyer.Tapi korang penah tak tengok negara Dubai dari pandangan atas?Jom kita tengok dubai daripada pencakar langit.

Saturday, July 7, 2012

Fotografi Star Wars yang Awesome ( 23 Gambar )

Cubaan gabungan seni yang cukup kreatif dan sangat menarik antara seni fotografi dan LEGO.Pertama kali aku tengok gambar-gambar nie pun aku dah teruja giler....macam nak buat jugak jer,,hehehehe.Jom kita layan gambar-gambar kat bawah nie.

Friday, July 6, 2012

Gambar Hari Sabtu #5

Selamat bercuti semua....Tapi bagi yang keja swasta tu yang xdapat lagi nak barcuti, sabar erkk.....esok korang akan cuti gak..Jom ari nie kita layan gambar gif kungfu kucing nie...Memang gempak giler.


Cara Jimat Untuk Ubahsuai Kereta ( 15 Gambar )

Saper jer yang ada kereta pasti nak ubahsuai kereta kan termasuk laa aku.Tapi sampai sekarang aku tak ubahsuai lagi kereta sebab bila fikir balik kos mesti mahal kan.Ada gak cara nak ubahsuai keta dengan kos paling jimat macam kat bawah nie tapi aku masih waras lagi kot nak wat macam nie...hehehehe..Korang layan dulu ehh gambar kat bawah nie.

Lukisan Kreatif Untuk T-Shirt ( 34 Gambar )

Untuk menarik perhatian pelanggan bagi mendapatkan t-shirt yang dijual,sesuatu rekabentuk atau lukisan pada baju perlu kreatif dan menarik. Nacho Diaz Arjona yang berasal dari Algeciras, Sepanyol mula bergiat sebagai Illustrator sejak 2009 lebih tertumpu kepada mereka bentuk t-shirt. Selain merekabentuk t-shirt beliau jugak mahir dalam lukisan web, poster dan digital.Cuba korang tengok rekabentuk yang beliau hasilkan kat bawah nie dan korang nilaikan menarik tak idea yang cuba beliau sampaikan.Kalau korang berminat  untuk beli atau tahu lebih lanjut mengenai beliau,korang boleh melawat web : www.naolitoart.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...