Tuesday, July 3, 2012

Rekaan Pelapik Kaki yang Kreatif ( 14 Gambar )

Ia merupakan suatu barang yang amat berguna bila kita nak bersantai sambil tengok tv diruang tamu..Setiap barang yang kita nak miliki mesti kita nak kan yang berlainan dari yang lain kan.Jom kita tengok rekaan pelapik kaki yang berlainan dari yang lain dengan rekaan yang cukup kreatif.

Cipta Watak Lucu dari Pelbagai Objek

Mencipta sesuatu yang lucu dari pelbagai objek bukan sesuatu yang mudah tapi tue lah yang dilakukan oleh terry border.Apa jer yang terlintas difikirannyer,dia akan hasilkan untuk dijadikan sesuatu yang unik seperti gambar kat bawah nie.Kalau korang berminat untuk ikut hasil-hasil yang dia buat korang boleh ikut di blog miliknyer.bentobjects.blogspot.com

Gambar Hari Selasa 4#

Selamat hari selasa semua....

Jom kita layan gambar hari nie....cukup menawan pemandangan kat Machu Picchu, Peru nie..Gambar nie dihasilkan oleh Jim Richardson.


Dubuk dan Babun Binatang Kesayangan Orang Afrika

Di antara korang semua mesti ada yang cukup minat dengan haiwan peliharaan kan.....tapi korang tringin tak nak pelihara haiwan-haiwan yang terkenal dengan ganasnya macam dubuk dan babun.Jom kita tengok macam mana ler orang-orang Afrika nie jadikan haiwan-haiwan macam nie sebagai haiwan kesayangan diorang.

Monday, July 2, 2012

Tiruan 99% seperti Lamborghini Sebenar

Kalau korang diberi pilihan sama ada nak pilih kereta Lamborghini replika yang 99% seperti tulen dengan harga 65,000 dolar dan kereta Lamborghini tulen dengan harga 400,000 dolar, yang mana korang rasa akan pilih? Replika Lamborghini Murcielago LP64 nie dibuat di China. Hebat gak kan orang China nie.

Gambar Hari Isnin 3#

Salam hari kerja untuk semua.....
Ari nie jom kita layan gambar keakraban manusia dan haiwan nie......Skali tengok gambar nie macam pelik jer kan.Tau plak rusa tue berlindung bawah payung..huhuhuhu


Pembuatan Senjata di Pakistan ( 22 Gambar )

Korang pernah tengok "kilang" senjata api di Pakistan? Kalau di negara maju, senjata api dibuat dengan teknologi moden atau mesin-mesin di kilang tapi kat Pakistan plak lain caranya.Pembuatan senjata api di Pakistan memerlukan kemahiran yang betul-betul mahir bagi menghasilkan kualiti yang bagus.Jom kita tengok macam mana diorang buat senjata di sana.

Sunday, July 1, 2012

Jambatan Untuk Haiwan Seberang Jalan

Jambatan Haiwan merupakan struktur yang dibina untuk membolehkan hidupan liar dapat menyeberangi jalanraya dengan selamat. Kebanyakkan struktur berukuran 30 kaki sehingga 180 kaki lebar dan kebiasaannya jambatan nie hanya mengandungi tanah dan tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian dengan habitat asal hidupan liar.Jom kita tengok gambar-gambar jambatan haiwan yang terdapat kat dunia nie.

Jambatan luar biasa untuk ketam: Ketam merah menyeberangi laluan atas untuk menyeberangi jalan di Pulau Krismas, semasa musim migrasi ketam (  Taman Negara Pulau Krismas, Australia )

24 Rekabentuk Menarik pada Cermin

Cermin merupakan barang yang akan kita tengok hari-hari disebabkan kita ingin melihat wajah kita kan?Tapi pernah tak terpikir untuk ubah bentuk cermin tue kepada yang lebih menarik untuk kita tengok.Kat sini ada 24 rekabentuk menarik yang direkabentuk pada cermin. Jom kita layan Gambar.

Gambar Hari Ahad 4#

Salam semua....
Selamat bercuti dan selamat berkerja kepada rakyat negeri Kedah dan Kelantan...Maaf sebab tak dapat nak update blog semalam ( sabtu) sebab terpaksa kemas rumah baru.Dibuat plak kat umah tu takder line internet.....adehhh...jemm. Tapi xper,aku akan usaha gak laa untuk update blog nie dari semasa ke semasa.

Berbalaik kepada gambar hari nie...Korang cuba tengok gambar kat bawah nie.Mungkin nie cara terbaik kot kan nak ajar anak supaya patuh halaju pada keta yang diorang pandu...huhuhuhu.

Membina Watak Daripada Kayu

Korang rasa-rasa hasil-hasil kat bawah nie ukiran dari kayu atau semuanya menggunakan komputer semata-mata? Jom kita tengok dan korang nilai erkk?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...